Monday, May 05, 2008

Peti Kecemasan

Peti kecemasan merupakan antara barang yang perlu ada di mana-mana, terutamanya di tempat kerja. Ia perlulah lengkap dan memenuhi pelbagai situasi kecederaan. Bukan sekadar berisi kain pembalut, pembersih luka dan kapas pencuci. Ia juga perlu memuatkan minyak angin untuk kecederaan bukan luka seperti melegakan pedih kaki akibat tersepit pintu pejabat. Alhamdulillah, peti kecemasan di pejabat saya, lengkap isi kandungannya:D

No comments: