"Arghh... habis?! Tamat begitu sahaja?!" Jerit saya apabila sampai ke penghujung bab. Cerita bermula apabila seorang budak lelaki menegur seorang lelaki tua yang gemar bercakap dengan sebatang pohon kenanga. Lelaki itu membuka cerita dengan kisah pembunuhan seorang tauke balak oleh seorang gadis berambut hijau. Kemudian, dari situ ia membawa kepada Burraquzzaman (mana da dapat nama?) seorang wartawan, Razilan; saksi utama kejadian, Prof Joned, Datuk Jay dan Datin Kay. Mereka semua ingin menjejaki si gadis berambut hijau yang menggelarkan dirinya sebagai Flora.
Perjalanan itu membuka kepada seribu satu rahsia yang telah tersimpan lama. Rahsia yang telah dipendam berbelas-belas tahun sehinggalah kepada rahsia yang tersimpan daripada zaman pasca Perang Dunia kedua. Ia bercerita bagaimana akibatnya jika manusia mahu melangkaui kuasa tuhan dan melanggar etika kemanusiaan dan batas agama.
Kata kuncinya adalah, "segala-galanya berkait antara satu sama lain,". Menurut 'pencerita', kisah ini sangat panjang. Walaubagaimanapun, dengan menutup kisah watak jahat utama, ia membuka kepada banyak lagi persoalan yang perlu dirungkaikan. Mungkin selepas ini ada sebuah dua lagi buku untuk menghuraikan semua perkaitan. Apa pun, buku ini sangat menarik untuk dibaca dan tidak terlalu sukar untuk difahami.
Aaa... Encik Amir Husaini, cepatlah sambung!
Gambo curi di sini


8 comments:
Salam hormat dari saya. Terima kasih di atas ulasan ikhlas saudari terhadap novel "TRANSGENESIS: BISIKAN RIMBA." Maaf jika ada kekurangan di sana sini kerana saya baru berjinak-jinak dengan dunia penulisan.
Untuk makluman saudari, sememangnya "TRANSGENESIS" ini adalah satu siri novel. "BISIKAN RIMBA" ini adalah buku 1. Insya-Allah, buku 2 akan menemui pembaca pada tahun 2009 dan buku 3 pada tahun 2010 nanti.
Memang sengaja saya biarkan beberapa perkara "tergantung." Ia memberi peluang kepada pembaca untuk berfikir dan menelah apa yang akan berlaku.
Dan berkenaan nama "Buraquzzaman" itu..., memang ada sebabnya. Penjelasan berkenaan nama yang unik ini akan diberikan di dalam Buku 3 (insya-Allah). Pembayang yang boleh saya berikan: Nama itu adalah doa!
Apapun, terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca "TRANSGENESIS: BISIKAN RIMBA."
- Amir Husaini
Sebenarnya bila membaca akhir cerita, saya tertanya-tanya apakah hubungan buraqquzzaman dengan semua orang? Sebab kata kunci cerita ini adalah 'semua perkara berkaitan'.
Kata kunci 'nama itu adalah doa'.. mcm cheesy je. kalau tengok cerita heroes, kata kuncinya 'save the cheerleader, save the world' lagi cheesy. tapi mereka twist cerita tu menjadi jalan cerita yang sangat menarik sampai akhirnya bila penghujung musim, semua orang akan cakap, "oohh.."
Semoga cerita ini juga mempunyai twist yang sangat menarik.
Saya menulis secara umum, kerana tidak mahu menulis spoiler..hehe
Terima kasih. Sebenarnya ramai yang mengulas "TRANSGENESIS: BISIKAN RIMBA" memberitahu saya yang mereka menulis secara umum sebab tak mahu 'spoil'kan cerita, termasuklah saudari. Saya hargai keprihatinan saudari mengenai hal ini.
Tentang "nama itu adalah doa", insya-Allah saya akan cuba untuk menjawabnya di dalam sambungan akan datang.
- Amir Husaini
boleh saya tanya... bila exactly tarikh untuk buku ke-2 & ke-3 keluar? sebab memang x sabar nk baca lagi...
Encik Anon, maaf, bukan saya yang menulis transgenesis itu. Saudara boleh mengajukan pertanyaan kepada penulis di http://teropongskop.blogspot.com/ atau di http://ombaksenja.blogspot.com/
Dengar khabarnya buku kedua sudah siap covernya.
Saudari Xara, tumpang singgah di sini.
Saudara/i Anon,
Saya sedang menyiapkan bahagian kedua. Insya-Allah hujung tahun ini terbit. Bahagian ketiga dijadualkan tahun hadapan.
Sedikit pembetulan: Kulit hadapan bahagian kedua belum ada. Yang ada sekadar "teaser" kepada pembaca.
- Amir Husaini
Apa yg terlintas dalam fikiran saya ialah Ixora mungkin jenis manusia yang sama dgn Chempaka, Kenanga, Melur dan lain-lain berdasarkan namanya dan hubungannya dgn Dr Ramsay.
Post a Comment