"Cik Pija ajak makan-makan sebelum dia pergi menunaikan haji," Cik Pari-pari memberitahu.
"Bila dan di mana?" soal saya.
"Mana lagi? Bagan Lalanglah!" saya hanya menganggukkan kepala. Entah berapa kali terdengar Cik Pija menyebut Bagan Lalang. Akhirnya, kali ini kami menjejakkan lagi kaki ke tempat kegemaran untuk menyaksikan matahari terbenam itu. Namun begitu, matahari telah terbenam apabila kenderaan kecil yang dipandu Cik Pija tiba di KLIA. Kami kemudiannya singgah bersolat maghrib di masjid baru yang terletak di pekan kecil Sepang.
Sampai di pantai Bagan Lalang, Cik Pija dan Cik Pari-pari memilih restoran terapung yang telah diperbaiki dan diperelok. Mereka juga bertanggungjawab untuk memilih makanan. Apabila kuasa memilih diberi kepada keduanya, orang yang lain hanya mampu menggelengkan kepala.
Menu malam itu:
Siakap stim.
Sotong goreng tepung. Menu yang kurang popular di kalangan kami tetapi licin dalam tempoh sekelip mata.
Pepahat tumis telur. Ini adalah specialty pantai Sepang. (Kak Asiah memberitahu nama lainnya adalah Bamboo lala).
Otak-otak. Pada pendapat saya, otak-otak ini kurang manis berbanding otak-otak yang pernah saya nikmati.
Kerang bakar yang juga kurang popular pada malam tersebut. Tenggelam dek kesedapan pepahat dan menu lain.
Kailan goreng ikan masin. Sayur wajib pilihan kami untuk dimakan dengan seafood.
Siakap tiga rasa. Cik Pari-pari merungut kerana katanya masakan ini kurang enak seperti biasa. Tetapi siakap ini selamat di-post mortem oleh saya.
Nasi yang dibahagi separuh dengan Cik Pija dan dihiasi dengan sebahagian besar lauk-pauk. Meriah bukan?
Setelah beberapa ketika, lauk-pauk yang enak telah bertukar menjadi sampah-sarap.
"Alahai, sudah terkorban di Bagan Lalang," rungut saya.
"Apa yang terkorban?" soal Cik Pari-pari.
"Diet saya."
"Hahaha..."
p/s: jumlah pemangsa bukan hanya tiga orang.

Setelah beberapa ketika, lauk-pauk yang enak telah bertukar menjadi sampah-sarap."Alahai, sudah terkorban di Bagan Lalang," rungut saya.
"Apa yang terkorban?" soal Cik Pari-pari.
"Diet saya."
"Hahaha..."
p/s: jumlah pemangsa bukan hanya tiga orang.

6 comments:
waa.... nak jugakk... jauh tak nak pegi situ?.. dah berangan meratah ikan nih, :D
kalau dari bangi lebih kurang 30-45 minit. Bergantung kepada pemanduan dan pengetahuan jalan. Kalau sesat lamala nak sampai. hehe
wah... reallah adik-adik ni...
berapa orang yang terkorban tu?
kalau ikut hitungan... ahli keluarga kakchik seramai 6 orang ni belum habis makan semua tu...
terliur pulak rasanya terutama kailan ikan masin tu...
apa result post-mortemnya? hehe
next year kite buat BBQ pulak sambil camping situ... BBQ keli(leleh) bestnyer!
teringat kenangan mempertahankan kemah drpd diculik angin ribut...perhhh... xdpt dilupakan.
kakchik : jumlah org yg terkorban itu biarlah rahsia..hoho
uji: hasil post mortem mendapati ikan itu mati lemas tertelan banyak air masin
kak pija : boleh..boleh..
Post a Comment