Entah kenapa, saya tidak pernah menyukai subjek yang berkaitan elektrik, daripada subjek Kemahiran Hidup Bersepadu hingga ke subjek Fizik sekolah menengah dan matrikulasi. Meskipun saya sedar ianya adalah subjek yang mudah, namun saya tidak pernah berjaya memasang walau sebuah litar. Apatah lagi memahami gambarajah litar.
Anehnya, saya dibesarkan dalam keluarga yang kebanyakkannya menjadikan bidang elektrik sebagai kerjaya. Abang dan adik lelaki adalah wireman. Ayah pula biasa membuat rumah. Adik perempuan pula diploma elektronik. Belum dikira dengan sepupu-sepupu. Jika mereka datang ke rumah, topik yang diperbincangkan adalah perihal wayar, kabel dan elektrik!
Oleh sebab itu, saya tidak pernah mengambil berat sekiranya berlaku kerosakan pada barang elektrik. malahan sekiranya lampu bilik air di kampung jatuh disepak kucing pun, saya akan menunggu adik saya untuk memperbetulkannya. (Lampu itu rendah, berhampiran dinding dan kucing saya suka berjalan di tempat yang tidak sepatutnya).
Kemudian, apabila lampu di rumah sewa menghadapi masalah, saya baru menyedari ketiadaan kemahiran untuk menyelesaikan perkara yang mudah.
Bagaimana hendak memasang starter lampu supaya berfungsi? p(>o<)q
2 comments:
ermm... letak je kat tempat starter tu, pastu putar2kan skit, sampai lampu nyala... biasa gitu la sy buat...
kalu tak nyala, beli starter baru, atau mentol tu dh terbakar kot
hmm.. cubaan semalam menyaksikan soket apantah yang warna putih tempat letak starter tu dah termasuk ke dalam. Huhuhu
Post a Comment