Suatu malam selepas saya menulis perihal kalendar Cik D bertanya, "eh, kenapa akak seperti tidak pernah dengar Suri dan Cik Mije berbual berkenaan kalendar? Adakah ketika itu akak sedang memakai earphone?"
Saya hanya ketawa mendengar soalan Cik D itu. "Perbualan itu benar-benar berlaku, tetapi situasinya saya tokok-tambah. Saya juga sudah terlupa bagaimanakah keadaan ketika perbualan itu berlangsung. Tambahan pula, sebenarnya saya hendak menyebut tentang drama Maahad Al-Amin di tv Al-Hijrah."
Cik D menggeleng-gelengkan kepalanya. "Patutlah akak rasa macam tak pernah dengar kamu berdua berbual tentang kalendar. Kebiasaannya, akak dengar sahaja apa yang kamu berdua bualkan." Cik D duduk kembali ke meja belajarnya. "Oh ya, Wani ada memaklumkan akak perihal baucar RM200 daripada bajet tahun ini untuk pembelian buku. Buat pelajar UKM, ambil di Pusat Pengajian Siswazah rasanya. Tidak tahu pula pelajar UM perlu ambil di mana?" Cik D yang merupakan pelajar universiti tertua itu menggaru-garu kepalanya.
"Oh, saya tidak mendapat makluman pula berkenaan hal itu. Kebiasaannya rakan sekelas akan berkongsi makluman."
"Barangkali ianya masih baru lagi. Hmm... apa yang boleh dibeli dengan RM200? Wani memaklumkan bahawa kedai buku Syabab menerima baucar tersebut. Ah, sayangnya. Akak telah pun membeli buku ketika jualan murah Syabab yang lalu!"
"Kedai buku besar tidak terimakah baucar tersebut? Apa yang saya hendak beli di kedai buku Syabab itu? Rasa bersalah pula jika membeli buku selain buku pelajaran dengan menggunakan baucar tersebut."
Cik D menganggukkan kepalanya. "Seharusnya kedai besar menerimalah baucar tersebut."
Sebenarnya antara azam tahun baru adalah untuk mengurangkan pembelian buku, kerana tahun lalu pembelian buku terlalu tinggi dan tidak berkadaran dengan pembacaan. Hampir setiap bulan saya membeli buku. Tidak termasuk berhabisan di pesta buku, Big Bad Wolf dan jualan murah kedai Syabab. Jumlah keseluruhan buku yang dibeli melebihi 60 buah (rasanya lebih), tetapi yang dibaca hanyalah separuh daripada jumlah tersebut. Namun begitu, jika pembelian itu ditanggung kerajaan, tidak mengapalah kan :3
1 comments:
baucer rm200 itu dah selamat saya belanjakan di syabab... hehehehehe
word verification: outativ...
rasa macam outdated plak baru komen pasal baucar. dah lama tak jenguk blog kat suri. blog saya pun dah bersawang dah...
Post a Comment