Ketika pertama kali menonton trailer filem Hafalan Shalat Delisa ini di Youtube, hati saya meronta-ronta untuk menontonnya. Filem yang dibuat berdasarkan novel bertajuk sama, karangan Tere Liye ini berlatarkan kisah tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2005 yang lalu.
Kemudian, apabila pulang ke kampung dan singgah bermalam di rumah adik saya (kerana ayah sedang berkelana ke tanah seberang) terlihat pula iklan filem ini di Astro First. Berkebetulan tiada rancangan menarik di televisyen, saya memujuk adik saya untuk melanggan filem ini dan rupanya ia adalah kesilapan besar!
Kesilapannya bukan kerana filem ini tidak bagus. Meskipun grafik tsunami dan kapal-kapal itu ketara CGInya, tetapi keseluruhan cerita sangat menarik. Silap besarnya adalah menonton filem ini bersama-sama dengan adik saya!
Tersedu-sedan saya ketika menonton trailernya. Sebaliknya air mata belum sempat bergenangan sepanjang menonton kerana komen-komen daripada adik saya. Contohnya ketika Smith si askar Amerika itu membuka kisah sedihnya kepada Sophie si jururawat, adik saya pantas memberi komen, "hah, Smith ini tentunya hendak bercerita bahawa isteri dan anaknya meninggal sebab hendak mengurat jururawat itu!" .. dan komen-komen lain yang membunuh serta merencat emosi.
ARGHHH!!!
Apa pun, cerita ini sangat menarik untuk ditonton dan dihayati. Cuma pastikan teman menonton itu sealiran!
3 comments:
...
Hy Guys,
Please Visit And Follow My Blog >> http://irfanseriov.blogspot.com/
Thanks :D
nak tengok ^^
macam best je...
bukunya ada tak? mana nak dapat bukunya?
bukunya rasa ada di rak untuk dijual di rumah kitorang. hehe
Post a Comment