Sebaik sahaja telefon itu saya angkat, suara kakak kedengaran bertanya, "kau tengah buat apa sekarang?" Kedengaran riuh suara di belakang kakak. Tanda adik saya sekeluarga telah berada di rumah.
Jam di sudut komputer menunjukkan waktu 12.50 tengahari. Rakan-rakan sekerja yang lain masih belum keluar menunaikan solat Jumaat. Saya jawab malas-malas, "saya sedang memancing."
"Memancing apa? Ikan sardinkah?"
"Apa kelas ikan sardin? Saya memancing ikan paus!"
Kakak masih belum mahu mengalah. "Mana ada ikan paus di Selat Melaka!"
Tiba-tiba adik ipar saya menyampuk pula, "jika mahu menangkap sotong yang pandai main clarinet, haruslah pergi ke Bikini Bottom!"
"Jadi pulang ke kampung minggu ini?" Kakak kembali serius.
"Insya Allah."
Telefon bertukar tangan ke adik ipar. "Kamu jadi pulang minggu ini kan?"
"Insya Allah. Kenapa?"
"Jika jadi pulang, hendak keluarkan lauk daripada freezer."
"Apa kaitannya dengan kepulangan saya?"
"Lauk itu beku."
"..."
2 comments:
Apa kaitan dgn k suri?
saya pun tak tau apa kaitan dengan saya
Post a Comment